“AKAK!… SAYA TAK NAK BALIKLAH, SERONOK DUDUK SINI”

   
Beberapa orang kanak- kanak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kuala Pilah dan Juga PPS Dewan Dangi Johol menyatakan kegembiraan tinggal di sini walaupun hari ini sudah melangkau hari ke lima. Ini adalah kerana banyak aktiviti dijalankan di PPS ini.

Dengan aktiviti-aktiviti ini sekurang-kurangnya emosi dan perasan mereka tidak terganggu dek bencana yang merosakkan kediaman mereka, sementara penjaga anak- anak ini boleh menumpukan kepada kerja-kerja pasca banjir di rumah .

Terima kasih kepada Kaunselor JKM Kuala Pilah kerana berjaya menyediakan aktiviti berupa permainan minda dan akitiviti yang bersesuaian daripada kanak-kanak ini terus leka bermain permainan video.

Kehadiran Persatuan Seniman Badut menambah ceria dan kegembiraan buat semua bila mereka tampil dengan pelbagai aktiviti menarik. Walaupun muka anak- anak ini ditutup dengan pelitup muka, semua tahu mereka sedang bergembira.

Sumber : Pkmd Kuala Pilah

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut