KES PERTAMA OMICRON DI LABUAN: KOMITMEN MKN DALAM MEMBENDUNG PENULARANNYA

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Labuan telah mencatatkan kes Omicron Covid-19 pertama mereka yang diimport dari Arab Saudi  Kes tersebut tiba dari negara Teluk pada 21 Disember dan merupakan pesakit Kategori 1 atau kes tanpa gejala.

Omicron sudah tiba di Labuan. Namun, penting untuk kita memperlahankan penularan varian ini untuk melindungi kapasiti sistem kesihatan kita. Justeru, MKN WP Labuan sentiasa komited dalam memastikan penularan wabak ini dapat dihalang. MKN WP Labuan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan lain sentiasa menyeru seluruh warga Labuan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak ini.

Pematuhan SOP terutamanya di kawasan yang sesak adalah penting bagi mengelakkan penularan wabak ini secara mendadak. Langkah-langkah seperti pemakaian pelitup muka, penjagaan penjarakan fizikal, dan pengambilan dos penggalak mampu membantu memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …