PELANCARAN KLINIK BERGERAK MAIWP DENGAN KERJASAMA MAPIM

PELANCARAN KLINK BERGERAK MAIWP DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA (MAPIM)

KUALA LUMPUR 27 DISEMBER 2021 – Kesan pandemik Covid-19 ini mengakibalkan pelbagai kesulitan dari segi kesihatan, sosial dan ekonomi. Ditambah dengan penggunaan perkhidmatan kesihatan pada tahap maksimum menyukarkan lagi masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang sempurna. Selain itu, melihat dengan situasi dan keadaan terkini banjir yang melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa negeri yang terjejas teruk akibat banjir.

 

Justeru itu, pelancaran klinik bergerak MAIWP dan MAPIM telah disampaikan oleh Tan Sri Dr. Daud Bakar, Pengerusi MAIWP kepada Dr. Ahmad Sani Araby, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia dengan jumlah keseluruhan pelaksanaan Klinik Bergerak MAIWP-MAPIM sebanyak RM800,000.00. Kerjasama ini tercetus MAIWP berminat untuk mengadaptasikan idea Ummah Double Decker Mobile Clinic yang dilaksanakan oleh pihak MAPIM.

Klinik Bergerak MAIWP – MAPIM ini akan digunakan untuk menyantuni golongan asnaf dan masyarakat yang kurang kemampuan untuk mendapatkan rawatan kesihatan pesakit luar dan ubatan secara percuma

Klinik ini akan bergerak di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 3 hari seminggu di kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan yang tinggi. Bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan akibat banjir Klinik Bergerak MAIWP-MAPIM ini bersedia untuk berkhidmat di Kuala Lumpur dan termasuk negeri-negeri yang terjejas banjir untuk menyediakan rawatan kesihatan kepada mereka yang memerlukan.

#maiwp #agihzakat #kamiAda

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …