APM PULAU PINANG MENERUSKAN MISI BANTUAN PASCA BANJIR

Pulau Pinang, 28 Dis 2021 –Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang (APM Pulau Pinang) terus bersemangat dalam menjayakan Misi Bantuan Pasca Banjir dengan menghantar Team Bravo bagi menggantikan Team Alfa yang telah menjalankan Misi Bantuan Banjir di Pahang bermula 19 Disember 2021 sehingga 27 Disember 2021. Team Bravo yang diketuai oleh Lt.M (PA) Norsyukrina binti Mohd Shafie bersama 17 orang anggota lain-lain pangkat memulakan misi Bantuan Pasca Banjir di Bentong, Pahang.

Taklimat keselamatan dan pelepasan turut diberikan dibuat oleh YS Kol.(PA) Ishak bin Mohd Radzi, Pengarah APM Pulau Pinang sebelum misi bermula. Serah Terima Tugas antara Team Alpha dan Team Bravo APM Pulau Pinang dibuat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Bentong, Pahang.  Team Bravo akan mengambil alih Misi Pasca Banjir di Daerah Bentong, manakala Team Alpha berangkat pulang untuk melapor selesai tugas di APM Pulau Pinang.

Jasa kesemua anggota pasukan keselamatan yang tidak pernah jemu berkhidmat untuk masyarakat dan demi kesejahteraan negara adalah amat dihargai.

Sumber berita dan gambar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang

 

#KeluargaMalaysia

#BantuMalaysia

#MKN50

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …