KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YBRS PENGARAH SPR PULAU PINANG

Timur Laut, 22 Disember 2021 – YBrs. Pengarah Keselamatan Negeri (PKN) Pulau Pinang, Encik Nazrul Fazami bin Mohamad telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Pulau Pinang pada hari ini. Pertemuan julung kali ini merupakan salah satu platform dalam memberi pandangan dalam konteks isu-isu pembudayaan norma baharu dan ketenteraman awam secara menyeluruh.

Pejabat MKN Pulau Pinang dan SPR Pulau Pinang terletak di lokasi yang sama iaitu Bangunan MARA No. 33, Jalan Pengkalan Weld. YBrs PKN Pulau Pinang merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YBrs Dr. Siti Nazariah binti Abdul Zalim kerana sudi menerima kunjungan ini.

#MKN50

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …