Timur Laut, 16 Disember 2021- Sesi kunjung hormat ke atas YBhg. Tan Sri Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) adalah merupakan salah satu daripada aktiviti kolaborasi strategik Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pulau Pinang bersama agensi-agensi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini. Sesi kunjung hormat ini dijalankan bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman YBhg. Tan Sri Presiden PEMENANG sepanjang beliau memegang jawatan presiden bermula pada tahun 1984.
YBrs. Pengarah MKN Pulau Pinang juga turt berkongsi pandangan dan penjelasan tentang pengurusan keselamatan di Negeri Pulau Pinang khususnya pengurusan Pandemik COVID-19 bermula daripada awal Mac 2020. Sesi kunjung hormat ini akan diteruskan di masa hadapan bersama-sama agensi Persekutuan/Negeri dan NGO di Pulau Pinang.
#KeluargaMalaysia
#MKN50