BANTING – Pengarah Keselamatan Negeri Selangor telah mengadakan tinjauan keselamatan di sekitar Pulau Carey, Kuala Langat bersama Batalion 4 PGA Briged TengahΒ dan dalam masa yang sama turut menyantuni anggota PGA yang bertugas di Pos Kawalan PGA Pulau Carey.
Turut bersama di dalam lawatan ini ialah SUPT Rudy bin Abdullah Ketua Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, SUPT Ahmad Ridhwan bin Md Nor Ketua Polis Daerah Kuala Langat dan Pegawai Memerintah Batalion 4 SUPT Rizal Mohamed yang telah memberikan taklimat berhubung lokasi yang sering digunakan oleh PATI yang menjadikan beberapa kawasan di sekitar kawasan Pulau Carey sebagai tempat pendaratan untuk menyeludup masuk ke negeri Selangor.