MAJLIS KONVOKESYEN KE-16 UTeM

9 Disember, Khamis – Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) diiringi YAB Ketua Menteri Melaka telah hadir pada Majlis Konvokesyen Ke-16 UTeM di Dewan Canselor UTeM, Durian Tunggal.
Hadir sama, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Halim Saad, Pro Canselor UTeM; Datuk Sabirin Ja’afar, Pro Canselor UTeM; Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM; Profesor Dr. Ir. Ghazali Omar, Naib Canselor UTeM dan YB Dato’ Ts. Kamel Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Pada Majlis Konvokesyen Ke-16 UTeM ini menyaksikan penganugerahan ijazah kepada 2,979 orang graduan di peringkat Ijazah Doktor Falsafah, Doktor Kejuruteraan, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma yang berlangsung dalam lapan sesi, selama empat hari bermula hari ini.
Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, YAB Ketua Menteri merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan yang bakal menjadi pelapis modal insan berkemahiran tinggi, seterusnya menzahirkan aspirasi kemajuan negara pada masa depan.
Kepada semua graduan, teruskan pencarian ilmu sepanjang hayat, tingkatkan potensi diri dengan idea bernas, kreatif serta cetuskan inovatif untuk kemajuan diri dan masyarakat.
Syabas dan tahniah sekali lagi.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …