SEMINAR RENDAH KARBON KUALA LUMPUR & MAJLIS PELANCARAN PELAN TINDAKAN IKLIM KL 2050

KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  telah mengadakan Seminar Rendah Karbon Kuala Lumpur dan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur 2050 bertempat di Hotel Intercontinental, Jalan Ampang.

 

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan. Turut berlangsung pada majlis yang sama di sebelah pagi adalah Seminar Rendah Karbon Kuala Lumpur. YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, telah memberikan ucaptama beliau. Intipati ucaptama tersebut adalah mengenai usaha DBKL bagi menjadikan bandar raya Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar neutral karbon menjelang 2050.

Objektif pelan tersebut diwujudkan adalah untuk mengenal pasti tindakan yang diperlukan dalam pembangunan tindakan iklim di Kuala Lumpur dengan hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar karbon neutral pada tahun 2050.

Di dalam seminar tersebut, satu forum rendah karbon telah diadakan. Barisan panel bagi forum tersebut terdiri daripada Ybhg. Datuk Hj. Zulkurnain bin Hassan, Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya DBKL, YBhg. Prof Dr. Ho Chin Siong, Pengarah, Universiti Teknologi Malaysia Low Carbon Asia Research, YBrs Tuan Haji Ismail bin Haji Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, International Green Training Centre dan YBhg. Dato’ Azmar bin Talib, Ketua Pegawai Eksekutif, TRX City Sdn. Bhd. YBrs TPr. Puan Norliza binti Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Urbanice Malaysia telah bertindak sebagai moderator pada forum ini.Turut hadir bersama adalah TYT Charles Hay, Pesuruhjaya Tinggi British Ke Malaysia.

 

#KeluargaMalaysia

#KlBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut