JOM WARGA PULAU PINANG: PAKAT-PAKAT BAYAR SAMAN

Timur Laut, 9 Disember 2021 – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman terpilih bermula 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen serta portal dan aplikasi MyBayar Saman sepanjang tempoh empat (4) hari tersebut.

Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan kemalangan, memotong secara merbahaya, menggunakan lorong kecemasan, tidak patuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun (NC), kesalahan yang berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan.

Bagi pembayaran menerusi aplikasi MyBayar Saman, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi platform Google Playstore, Apple Appstore dan Huawei Appgalery. Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang ingin menyeru warga Pulau Pinang agar terus mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) ketika berurusan di kaunter bayaran fizikal dalam usaha mengawal penularan COVID-19. Tinjauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada pagi ini turut mendapati orang awam mematuhi SOP dengan baik dan keadaan adalah tenang serta terkawal.

#KeluargaMalaysia

#MKN50

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …