MAJLIS APRESIASI PETUGAS BARISAN HADAPAN COVID-19 JAKIM/JAWI TAHUN 2021

KUALA LUMPUR, 9 DISEMBER 2021Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan COVID-19 JAKIM/JAWI Tahun 2021 bagi menghargai jasa dan bakti petugas-petugas Barisan Hadapan COVID-19 JAKIM/JAWI sepanjang tahun 2021 ini.

 

Sehingga 8 Disember 2021 sebanyak 3773 Jenazah COVID-19 telah diuruskan oleh pasukan ini. Pasukan ini telah ditubuhkan oleh JAKIM pada 22 Mac 2020 bagi menguruskan jenazah-jenazah COVID-19 dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Seramai 203 orang telah terpilih mengangotai pasukan ini terdiri daripada pegawai JAKIM, JAWI, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) serta masjid-masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Majlis Apresiasi ini juga dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bhg. Dakwah JAKIM yang mewakili Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Menjalankan Tugas Ketua Pengarah JAKIM sebagai tetamu kehormat bagi menyampaikan amanat kepada petugas-petugas yang hadir.Turut hadir juga ialah YBhg. Datuk Haji Mohd. Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI, Kolonel Hj. Hamzah bin Adam, Pengarah Pengurusan Masjid ATM, serta pegawai-pegawai kanan JAKIM dan JAWI.

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut