PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN BERSAMA KETUA POLIS KUALA LUMPUR

 

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2021 YDH CP Dato’ Azmi bin Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur, telah menghadiri program anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi iaitu “Program Hari Bertemu Pelanggan Bersama Ketua Polis Kuala Lumpur” yang telah diadakan di Perkarangan Pusat Membeli Belah SOGO, Kuala Lumpur. Kehadiran YDH Dato’ Ketua Polis Kuala Lumpur telah disambut oleh YDH ACP Noor Dellhan bin Yahaya, Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Turut hadir dalam program ini, YDH DCP Dato’ Yahaya bin Othman Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato’ Azman bin Ayob, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kontijen Kuala Lumpur, YDH SAC Datuk Shaharon Anuar bin Abdul Latif, Ketua Jabatan Pengurusan Kontijen Kuala Lumpur, YDH Supt Naazron bin Abdul Yusof, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis IPD Dang Wangi dan Wakil-wakil Agensi Kerajaan dan NGO yang terlibat.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk merapat jurang antara Polis Diraja Malaysia khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan masyarakat khasnya. Tambahan lagi, program ini dapat menyalurkan dan berkongsi maklumat bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia.

Pameran turut diadakan mengenai jenayah semasa, penyalahgunaan dadah dalam masyarakat dan kes penipuan macau scam turut disampaikan bagi meningkatkan tahap kesedaran pada masyarakat. Selain itu, Program Kaunter pembayaran saman JSPT KL dengan tawaran diskaun sebanyak 50% turut diadakan bagi menyokong hasrat Kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Program pada hari ini juga telah berlangsung dengan kehadiran pelbagai agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Penerangan Malaysia,Suruhanjaya Pilihan Raya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Program telah berakhir dengan jayanya serta disambut meriah oleh warga Bandaraya Kuala Lumpur.

 

#jomlikefbPolisKL

#jomlikefbPolisDangwangi

#ipddwDis2021

SUMBER: FB POLIS DANG WANGI https://www.facebook.com/PolisDangWangi

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut