PROGRAM JALINAN UKHWAH MKN JOHOR BERSAMA BATALION 6 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) BAKRI

MUAR, 7 Disember 2021 – Bagi mengeratkan lagi hubungan dan jalinan mesra antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dan Batalion 6 PGA Bakri, satu aktiviti latihan menembak telah diadakan bertempat di Lapang Sasar Batalion 6 PGA Bakri.

Program yang julung kali diadakan pada tahun 2021 ini melibatkan seramai 30 orang termasuk pegawai serta kakitangan MKN Johor. Pengarah Keselamatan Negeri Johor, Encik Mohd Tarmizi Bin Dan telah turut serta menyertai latihan menembak ini. Ucapan terima kasih diucapkan Batalion 6 PGA, Bakri, Muar, Johor di atas kesudian menerima kunjungan dari seluruh warga MKN Negeri Johor.

Terima kasih
Batalion 6 PGA, Bakri, Muar, Johor
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …