PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MKN NEGERI JOHOR BERSAMA KOMUNITI TAMAN SERI NAKHODA 1, MERSING

MERSING, 28 November 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dengan kerjasama Komuniti Taman Seri Nakhoda 01, Mersing telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat Bersama Komuniti bertempat di Balai Raya Taman Seri Nakhoda 1, Mersing. Antara pengisian program adalah Senam Robik, Gotong-Royong Komuniti, Pengindahan Landskap serta penyampaian sumbangan Bantuan Kotak Prihatin kepada golongan yang memerlukan.

Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat amat menggalakkan dan program berjalan dengan lancar dan meriah. Diharapkan dengan penganjuran program sedemikian dapat mempereratkan lagi jalinan ukhuwah dan perpaduan antara pihak Jabatan dengan penduduk luar bandar selaras dengan Konsep Keluarga Malaysia.

Terima Kasih

Komuniti Taman Seri Nakhoda 01, Mersing

 

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …