MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 BERJALAN LANCAR

ISKANDAR PUTERI, 29 November 2021 – Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2022) Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor yang ke-14 telah diadakan pada 18 November 2021 sehingga 28 November 2021.
Sesi pembentangan sepanjang mesyuarat DUN berjalan lancar dan teratur. Pembentangan bagi Belanjawan Johor Tahun 2022 oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni bin Mohammad membuka mesyuarat DUN Johor yang ke-14. Belanjawan Johor 2022 yang dibentangkan menggariskan strategi untuk memulihkan ekonomi negeri, sekali gus akan mensejahterakan kehidupan rakyat. Belanjawan Johor 2022 bertemakan ‘Memperhebat Kesejahteraan Johor’, belanjawan tersebut selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat Johor yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Belanjawan Johor 2022 ini akan berjaya dilaksanakan demi kemakmuran Johor dan kesejahteraan rakyat.

Terima kasih kepada jentera Kerajaan Negeri Johor dan semua pihak yang membantu menyediakan Belanjawan Johor 2022, sama ada terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung.

Sumber: Hasni Mohammad

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …