LALUAN PERJALANAN LENGKAP VAKSIN (VTL) DARAT ANTARA SINGAPURA – MALAYSIA DILANCARKAN BERMULA 29 NOVEMBER 2021

JOHOR BAHRU, 29 November 2021 – Berkuatkuasa 29 November 2021, Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Darat telah dilancarkan serentak dengan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Udara. Perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru dibuka untuk warganegara Malaysia dan Singapura termasuk Penduduk Tetap serta Pemegang Pas Jangka Panjang yang lengkap divaksinasi. Laluan VTL – Darat hanya menggunakan bas sebagai modul pengangkutan dan laluan yang ditetapkan hanya menerusi Larkin Sentral sebagai lokasi turun naik penumpang di Malaysia, manakala Terminal Queen Street dijadikan pusat turun naik penumpang di Singapura.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah turun padang untuk bersama-sama dengan jabatan / agensi kerajaan lain yang terlibat dalam memastikan perjalanan VTL-Darat berjalan lancar. Pada hari pertama, seramai 46 rakyat Malaysia dan pengembara menjadi kumpulan pertama bagi VTL – Darat telah tiba di Larkin sentral dari Singapura. Ketibaan kumpulan pertama tersebut disambut oleh Datuk Tee Siew Keong, Penasihat Menteri Besar Johor. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Datuk Mohd. Izhar Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin. Terdahulu, seramai lima warganegara Malaysia yang mempunyai status permastautin tetap (PR) menggunakan VTL – Darat menaiki bas Causeway Link yang berlepas pukul 7.30 pagi menuju ke republik Singapura.

Diharapkan supaya inisiatif Kerajaan Malaysia-Singapura dalam merealisasikan dan melancarkan VTL- Darat ini dapat menghubungkan semula ekonomi antara Malaysia dan Singapura serta memperkukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara. Semoga inisiatif ini juga dapat menghubungkan keluarga yang telah lama terpisah berikutan sekatan sempadan akibat pandemik COVID-19 dapat dijalinkan semula.

Untuk maklumat lanjut mengenai VTL – Darat layari laman website berikut:
Masuk Malaysia / Entering Malaysia
➡️https://mysafetravel.gov.my
Masuk Singapura / Entering Singapore
➡️https://go.gov.sg/vtl-portal
Maklumat Lanjut / More Details
➡️https://www.imi.gov.my
➡️https://www.mot.gov.my
➡️https://safetravel.ica.gov.sg

Terima kasih
kepada semua pihak yang telah menjayakan
VTL – darat
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut