PERJUMPAAN KPD CHERAS BERSAMA KETUA IMAM DAN KETUA RUMAH IBADAT DALAM DAERAH CHERAS

KUALA LUMPUR – YDH ACP Mohammad Idzam Bin Hj. Jaafar, Ketua Polis Daerah Cheras telah mengadakan perjumpaan bersama 40 orang Ketua-ketua Imam / Pengerusi Masjid, Ketua-ketua rumah ibadat seperti Tokong Buddha, Kuil Hindu, Gereja, Gurdwara dan Wat Siam dalam daerah Cheras pada 17 November 2021 di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Kuala Lumpur. Turut hadir adalah Ketua-ketua Bahagian dan juga Ketua-ketua Polis Balai IPD Cheras.

 

Program ini bertujuan untuk menjalin hubungan dua hala dengan pihak PDRM khususnya IPD Cheras selain dari medium suai kenal antara Ketua Polis Daerah Cheras bersama ketua-ketua imam dan ketua-ketua rumah ibadat. Program seperti ini juga antara langkah untuk menyatupadukan dan menjaga keharmonian antara kaum yang berbilang agama di Malaysia seperti Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh dan lain-lain serta mendekati masyarakat dan beramah mesra seiring slogan “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

 

Program ini telah diadakan mengikut ketetapan Prosedur Operasi Standard Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 (SOP PPN Fasa 4) yang telah di tetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan telah berakhir dengan jayanya.

SUMBER: FB POLIS KL https://www.facebook.com/PolisKL

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …