JOM DERMA DARAH DI PUSAT DERMA DARAH, HOSPITAL TUANKU JAAFAR, SEREMBAN

Situasi yang berlaku di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban baru-baru ini getir apabila ada seorang pesakit kumpulan darah jenis A mengalami kemalangan jalan raya yang telah mengakibatkan beliau memerlukan penggunaan darah sebanyak 12 beg. Walau bagaimanpun, darah berjaya dibekalkan kepada pesakit tersebut kerana jasa baik para penderma sekalian yang hadir bagi menderma darah.

Namun begitu, stok darah hari ini di Pusat Perkhidmatan Darah HTJ, Seremban semakin menurun . Pusat Darah HTJ dengan ini memohon jasa baik dari penderma yang budiman agar tampil membantu menderma darah di Pusat Derma Darah HTJ, Seremban pada hari bekerja setiap hari. (Isnin-Jumaat)

Anda juga boleh hadir ke Kempen Derma Darah yang diadakan di AEON Nilai pada hari Ahad, 28 November pada pukul 10.00 pagi hingga 2:30 petang bagi menderma darah.

Bantulah kami untuk meningkatkan stok darah agar kami dapat membantu pesakit yang memerlukan darah!

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut