KUALA LUMPUR KEMBALI SEGAR

KUALA LUMPUR, 21 NOVEMBER 2021 – Buat kali kedua bulan ini setelah sekian lama terhenti, program KL Car Free Morning (KLCFM) aktif semula di pagi yang nyaman di bandar raya Kuala Lumpur.

 

YBhg.Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur meluangkan masa berbasikal pada pagi ini bersama peserta KLCFM berkayuh sekitar 7km di pusat bandar. Biarpun ianya telah boleh diaktifkan semula, program KLCFM ini masih perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

 

Adalah diharap dengan kembalinya program ini, wargakota dapat terus aktif dan beraktiviti bersama keluarga untuk terus kekal sihat dan membudayakan ke arah sifar karbon.

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …