IPOH, 18 NOVEMBER 2021-Tinjauan pematuhan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 telah dilaksanakan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini.
Lawatan yang menyasarkan kepada pemantauan pematuhan ini turut diadakan bagi mendapatkan senario lapangan selepas kebenaran rentasan negeri diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.
Pendidikan kesihatan dan saranan berkenaan penjagaan kawalan kendiri turut diberikan kepada orang awam dalam memastikan usaha semua untuk memutuskan rantaian COVID-19.