BERKUATKUASA 5 NOVEMBER 2021: PERLUASAN KEBENARAN MAJLIS AKAD NIKAH DI WPKL, PUTRAJAYA & LABUAN

Berdasarkan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan perluasan kebenaran Majlis Akad Nikah di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk maslahah umat Islam berkuatkuasa 5 November 2021 (Jumaat) seperti berikut:

  1. Majlis Akad Nikah dibenarkan di pejabat JAWI, masjid-masjid dan premis sewaan kecuali rumah kediaman.
  2. Jumlah kehadiran Majlis Akad Nikah adalah seperti berikut :                                                                    Pejabat JAWI : Jumlah maksimum 10 orang termasuk jurunikah dan 2 orang saksi.                                        Masjid-masjid : Jumlah maksimum 20 orang tertakluk kepada keluasan ruang majlis.                                  Premis sewaan : 50 peratus keluasan dewan dengan penjarakan fizikal.
  3. Kehadiran Majlis Akad Nikah hanya dibenarkan kepada yang telah lengkap menerima vaksin.

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP

 

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …