TAMAN PINGGIRAN SUNGAI BUNUS

KUALA LUMPUR – Taman Pinggiran Sungai Bunus berkeluasan 1.14 ekar terletak di atas lot 26443, Sri Rampai, Mukim Setapak, Kuala Lumpur. Taman ini dijangka akan dibuka kepada orang ramai pada awal tahun 2022.

Berhampiran dengan kawasan perumahan seperti Desiran Bayu, Pangsapuri Setapak Jaya 1B, PPR Seri Semarak dan Sky Awani 3 Residence akan memudahkan penduduk datang beriadah di sini.Pelbagai spesis tanaman yang terdapat di sini seperti Cratoxylum cochinchinensis (Kayu Arang), Hopea odorata (Chengal Pasir), Wodyetia bifurcata (Foxtail Palm) dan lain-lain.

Selain itu, kemudahan riadah turut disediakan oleh DBKL seperti laluan siarkaki, bangku taman dan peralatan senaman. YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah meninjau persiapan taman ini dan menanam 3 batang pokok spesis ‘Lagerstroemia Speciosa’ atau dikenali sebagai pokok Bungor pada 30 Oktober 2021 yang lalu.

Turut serta YBhg. Datuk Hj. Azmi Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) dan LAr. Zulkifli Endut, Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi DBKL.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …