LAWATAN RASMI DATUK KP KE MKN NEGERI SABAH

Kota Kinabalu, Sabah 21 Oktober 2021   Lawatan sulung Datuk Rodzi bin Md Saad ke Negeri Bawah Bayu sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara, (KPKN). Sebelum ini, Datuk Rodzi Md Saad pernah berkhidmat sebagai Pengarah Keselamatan negeri Sabah selama 7 Tahun. Sudah tentulah tanah bertuah ini amat dekat di hati beliau.

Warga MKN Sabah amat berbesar hati menerima kepulangan Datuk yang kini menjawat antara peranan terpenting dalam pengurusan pandemik ini.

Lawatan Rasmi Ketua Pengarah Keselamatan Negara dimulakan dengan sesi Inspirasi Kejayaan Hebat Lonjakan Aspirasi Strategik (IKHLAS 11.0) di mana KPKN meluangkan masa berkongsi aspirasi dan matlamat MKN Ibu Pejabat dengan seluruh negeri negeri agar bergerak senada mencapai matlamat yang sama tanpa ada sebarang jurang.

Amanat daripada Datuk Rodzi Md Saad memberi kesan mendalam kepada warga MKN Sabah; mengambil kira pengalaman beliau yang luas di negeri Sabah terutamanya dalam selok belok bidang keselamatan.

Program IKHLAS merupakan legasi Datuk KP MKN khusus bagi sesi coaching pejabat pejabat MKN di negeri negeri.

Terima kasih Datuk Rodzi Md Saad

Majlis Keselamatan Negara

#LindungiDiriLindungiSemua

#jompilihvaksin

#MKN50

 

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …