URUSAN PILIHAN RAYA UMUM (PRU DUN) MELAKA YANG KE-15

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, berhubung dengan pembubaran DUN Melaka penggal yang keempat belas pada 4 Oktober 2021 sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.

Justeru, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:

Tarikh Keluar Writ : 18 Oktober 2021 (Isnin)

Hari Penamaan Calon : 8 November 2021 (Isnin)

Hari Mengundi Awal : 16 November 2021 (Selasa)

Hari Mengundi : 20 November 2021 (Sabtu)

Tempoh berkempen ditetapkan 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 8 November 2021 (Isnin) sehingga 11.59 malam, 19 November 2021 (Jumaat). Sebanyak 28 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan 28 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan.

Bagi menggalakkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari mengundi, SPR akan melaksanakan kempen ‘Jom Kita Undi’ melalui saluran media termasuk di media elektronik, media sosial, hebahan melalui siar raya dan pemasangan kain rentang di lokasi-lokasi strategik tumpuan awam dan tempat-tempat lain yang bersesuaian.

#Melakamemilih #PRNMelaka

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …