MAJLIS PERASMIAN KUALA LUMPUR COMMAND & CONTROL CENTRE (KLCCC) DAN 3000 UNIT KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 15 OKTOBER 2021 – Telah berlangsung Majlis Perasmian Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC) dan 3000 Unit Kamera Litar Tertutup (CCTV) di Kuala Lumpur. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.

KLCCC dahulunya dikenali sebagai Intergrated Transport Information System (ITIS) merupakan sebuah unit di bawah DBKL. Ia berperanan sebagai hab pengurusan lalu lintas untuk memproses serta mengemaskini data lalu lintas di Kuala Lumpur dan menyebarkan informasi tersebut kepada seluruh warga kota melalui medium laman twitter ITIS dan juga radio-radio tempatan dari semasa kesemasa.

Kini, selaras dengan matlamat DBKL untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar untuk semua fungsi, KLCCC ini telah diperlebar luaskan dan tidak hanya berfokus kepada pengurusan trafik tetapi merangkumi aspek keselamatan, kesejahteraan, dan keselesaan warga kota.

Antara penambahbaikannya adalah dengan memasang 5000 unit CCTV di Kuala Lumpur yang akan dilakukan dalam dua fasa. Fasa pertama melibatkan 3000 unit CCTV bagi tujuan pemantauan trafik, taman-taman dan pasar-pasar awam sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Fasa kedua melibatkan penambahan 2000 unit CCTV untuk kegunaan PDRM bagi tujuan pemantauan jenayah. Projek ini turut melibatkan pemasangan 140 unit VMS jenis full colour, pemasangan 42 unit panic button di taman awam dan 78 unit loud speaker.

Turut hadir adalah YBhg. Dato Parang Abai Thomas mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Effendi Bin Zahari, Pengerusi Perbadanan Kampong Bharu dan YDH. CP Dato’ Azmi Bin Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur.

#KeluargaMalaysia

#TeguhKitaMenangBersama

#LindungDiriLindungSemua

#KLBandarUntukSemua

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut