PROGRAM PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID19 INSTITUSI PENDIDIKAN

BATU BERENDAM, 18 Okt – Berdasarkan kepada Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia, pengoperasian Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan bermula berdasarkan kepada ketetapan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Justeru, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka dengan kerjasama PDRM dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah mengadakan Program Kesedaran Pencegahan Jenayah dan Pematuhan SOP bertempat di SMK Tun Mutahir. Sebanyak 300 Kit Kesihatan dan flyers Pencegahan Jenayah telah diedarkan kepada pelajar-pelajar yang kembali ke sekolah pada hari pertama pengoperasian Institusi Pendidikan di bawah KPM itu.

Majoriti pelajar kembali ke sekolah dalam keadaan lebih bersedia dan dilihat sudah terbiasa dengan SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

Turut hadir adalah ASP Nurrulhuda binti Ramli, wakil Pengarah MKN Negeri Melaka, DSP Nor Azlinda binti Nordin dan Puan Darma Taksiah Binti Kamaruddin, Pengetua SMK Tun  Mutahir.

Edaran Kit Kesihatan kepada pelajar sekolah

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut