PROGRAM KESEDARAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP INSTITUSI PENDIDIKAN

BATU BERENDAM, 18 Okt – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka dengan kerjasama PDRM dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah mengadakan Program Kesedaran Pencegahan Jenayah dan Pematuhan SOP di SMK Munsyi Abdullah pada hari pertama pengoperasian Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini diadakan bertujuan memberi maklumat dan kesedaran kepada golongan pelajar khususnya tentang pencegahan jenayah dan kempen pencegahan penularan COVID19 di peringkat sekolah. Selepas lima bulan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), keceriaan jelas terpancar di wajah pelajar tingkatan lima dan enam yang kembali ke sekolah bermula pada hari ini.

Majoriti pelajar kembali ke sekolah dalam keadaan lebih bersedia dan dilihat sudah terbiasa dengan SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

Turut hadir adalah ACP Mohd Hedzir bin Hussin, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Melaka, Pengarah MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, dan Encik Mohd Yusri bin Seman, Pengetua SMK Munsyi Abdullah.

Pengarah MKN Negeri Melaka sedang ditemu ramah oleh pihak media

Edaran Kit Kesihatan kepada pelajar sekolah

Pemantauan Pematuhan SOP

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut