TASIK PUTRAJAYA

Tasik Putrajaya berkeluasan 650 hektar merupakan salah satu tarikan utama di Putrajaya. Perbadanan Putrajaya merupakan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab untuk menyelenggara dan memastikan Tasik Putrajaya sentiasa berada dalam tahap indikasi B2 iaitu bersih dan sesuai digunakan untuk aktiviti riadah.

Selain berperanan sebagai “Climate Moderator”, ia juga turut menjadi salah satu lokasi tarikan pelancong yang datang untuk beriadah dan merakam panorama indah di Putrajaya.

Terkenal sebagai tasik buatan terbesar di asia, Tasik Putrajaya telah menjadi lokasi utama bagi pertandingan sukan air sama ada peringkat kebangsaan mahu pun yang bertaraf antarabangsa seperti Water Ski World Championship, Asian Canoe Championship, Putrajaya Boat Race, Formula 1 Power Boat Competition” dan pelbagai lagi.

Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan sewaan aktiviti sukan air, anda boleh ke Marina Putrajaya, Kelab Tasik Putrajaya dan Taman Wetland Putrajaya bagi mendapatkan pakej dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan.

Jom ke Putrajaya. Pengalaman yang menyeronokkan menanti anda di sini!

 

#Putrajaya

#WilayahPrihatin

#KeluargaMalaysia

#PutrajayaMampanBertarafDunia

#putrajayauntuksemual

 

SUMBER: FB PERBADANAN PUTRAJAYA https://www.facebook.com/putrajaya

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …