SEKITAR SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

 

SEREMBAN – YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah menghadiri Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi Negeri Sembilan. Dalam masa yang sama, Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan di Putrajaya yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob diadakan dan ianya telah dipancarkan secara maya di sini.

Dalam ucapannya, Khairy Jamaluddin turut menyatakan “Aktiviti sukan adalah milik semua yang perlu dijalankan oleh setiap lapisan masyarakat. Negara kita menyaksikan perkembangan penyakit tidak berjangkit (Non Communicable Diseases atau NCD) yang agak membimbangkan”.

“Jadi saya menyeru dan mengingatkan diri saya serta saudara-saudari sekalian supaya kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dengan sentiasa bersenam dan mengawal pemakanan kita. Kita perlulah perkukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan melaksanakan TRIIS iaitu Test, Report, Isolate, Inform and Seek. Sebelum dibenarkan rentas negeri untuk pulang ke kampung nanti, saya sarankan untuk buat saringan kendiri untuk memastikan kita tidak menyebarkan virus COVID-19”.

Turut mengiringi YB Khairy Jamaluddin ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YBrs. Encik Zul Fadhli Abd Aziz, dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

 

Sumber : Laman FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut