PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN REMAJA (PICK REMAJA) DAERAH MUAR

MUAR, 7 Oktober 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN Negeri Johor) telah berkesempatan membuat tinjauan ke beberapa lokasi Program PICK Remaja di Daerah Muar. Antara lokasi-lokasi tersebut adalah:

1. PPV Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim
2. PPV SMK Sultan Abu Bakar
3. PPV SM Tinggi Chung HWA
4. PPV SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh
5. PPV Tun Perak

Seramai 17,518 pelajar telah menerima suntikan sehingga 5 Oktober 2021. Tahniah kepada petugas-petugas barisan hadapan PICK Daerah Muar kerana telah menjayakan program PICK REMAJA berusia 12 hingga 17 tahun. Setinggi penghargaan juga kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Muar, Pejabat Pendidikan Daerah Muar dan semua yang terlibat yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di Daerah Muar.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada kumpulan sasar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Sumber gambar: MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut