LAWATAN MUHIBBAH DAN PENGHARGAAN KEPADA PDRM PULAU PINANG DAERAH TIMUR LAUT, SEBERANG PERAI SELATAN DAN BARAT DAYA

Pulau Pinang, 2 Oktober 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) telah melaksanakan Lawatan Muhibah dan Penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Pulau Pinang melibatkan tiga (3) daerah di negeri ini.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi-agensi keselamatan di daerah. Lawatan ini turut diadakan bagi menghargai agensi-agensi barisan hadapan peringkat daerah dan memberi sokongan dan motivasi kepada mereka dalam menjalankan tugas-tugas pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Berfasa.

Lawatan Muhibah dan Penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Pulau Pinang kali ini melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada 23 September 2021, IPD Seberang Perai Selatan pada 29 September 2021 dan IPD Barat Daya pada 30 September 2021.

 

#MKN50

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut