PEMASANGAN ‘BANNER’ KESEDARAN COVID-19 DI KAWASAN BERISIKO TINGGI, DAERAH HULU PERAK

HULU PERAK- Pemasangan ‘banner’ kesedaran COVID-19 telah dijalankan di kawasan berisiko daerah Hulu Perak. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab agensi pelaksana dalam melihat peningkatan kes yang semakin tinggi di kawasan-kawasan luar bandar.

Pemasangan ini telah dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dengan dikawalselia oleh Penghulu Mukim. Diharapkan dengan inisiatif sebegini dapat membantu orang awam dalam mendapatkan informasi dan maklumat berkaitan penularan COVID-19.

Pelaksanan pemasangan ‘banner’ ini juga turut menyasarkan kepada pendidikan kesihatan yang berterusan berkenaan pematuhan SOP serta pengamalan norma baharu dalam kalangan masyarakat.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …