PEMANTAUAN PEMATUHAN PPN FASA 2 BERSEPADU NEGERI PERAK

IPOH,24 Sept 2021- Sesi pemantaun pematuhan PPN Fasa 2 telah dijalankan di sekitar ipoh hari ini secara sinergi bersama agensi PDRM, KKM dan KSM/JKKP.

Objektif pemantauan yang menyasarkan pematuhan SOP oleh pemilik premis, majikan dan orang awam ini turut menekankan pendidikan kesihatan serta pengamalan norma baharu.

Dalam pada masa yang sama, pemantauan bersepadu ini juga turut diadakan bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal orang awam sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Hasil pemantauan mendapati, kesemua premis dan individu memberikan kerjasama yang baik serta menjaga SOP sepanjang sesi pertemuan.

Namun, terdapat satu ketidakpatuhan SOP yang membawa kepada tindakan kompaun untuk kesalahan kawalan bagi kediaman pekerja yang sedang dikuarantin.

Orang awam dinasihatkan agar terus mematuhi segala SOP, pengamalan norma baharu serta segera dapatkan vaksinasi dalam usaha kita bersama untuk membendung penularan COVID-19.

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …