PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PPN FASA 2 OLEH IPD PUTRAJAYA

PUTRAJAYA yang kini telah memasuki fasa ke-2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mula dibanjiri oleh pengunjung sejak Sabtu lalu. Pengunjung mula masuk berpusu-pusu terutamanya di kawasan taman-taman sekitar Putrajaya. Kehadiran para pengunjung ini sebenarnya bukan sahaja tertumpu di Putrajaya tetapi juga di sekitar Lembah Klang terutama di kawasan riadah, premis perniagaan dan lain-lain.

 

PDRM Putrajaya khasnya sudah menjangka bahawa kehadiran pengunjung luar akan meningkat tambahan pula dengan TIADA lagi Sekatan Jalan Raya (SJR). Dengan peralihan fasa yang baru ini PDRM membuat pendekatan dengan memberikan ADVOKASI agar pengunjung mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

 

PDRM telah menggerakkan tim pemantau untuk memantau kepatuhan pengunjung terhadap SOP yang telah ditetapkan oleh MKN. Kawalan “Controller CCTV” Putrajaya juga memainkan peranan yang sama dengan memantau aktiviti pengunjung di seluruh kawasan Putrajaya terutama apabila menyedari sesuatu lokasi tumpuan menjadi padat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

Semua pengunjung di Putrajaya dinasihatkan supaya mengelakkan untuk terus bersesak masuk ke lokasi tumpuan yang telah padat dengan pengunjung. Selain daripada PDRM, Putrajaya juga dipantau oleh pelbagai agensi penguatkuasa.

 

Semua agensi penguatkuasa akan sebaik mungkin memberikan advokasi terlebih dahulu agar para pengunjung menyedari pentingnya mematuhi SOP atas kelonggaran yang telah diberikan oleh YAB Perdana Menteri.

Kita memahami keadaan mereka yang telah lama berkurung dan ingin keluar beriadah. Putrajaya merupakan destinasi pelancongan domestik yang popular. Para pengunjung dan semua masyarakat diharap dapat memberikan kerjasama sebaiknya dalam mematuhi SOP agar penularan pandemik Covid19 dapat dikekang.

 

Walaupun advokasi awal merupakan titik keutamaan tetapi tindakan kompaun akan dijalankan sekiranya ada perlanggaran yang keterlaluan.

 

#staysafe

#StayHealthy

#kitajagakita

#PatuhiSOP

#ipdptjsept2021

#jomlikefbPolisKL

#jomlikefbIpdputrajaya

SUMBER: FB IPD PUTRAJAYA https://www.facebook.com/IPDPutrajaya1/

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut