FOOD BANK PUTRAKOP: AMBIL IKUT KEPERLUAN, BERI SEIKHLAS HATI

Menyedari ramai yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sehingga tidak kurang yang terputus makanan, Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad (PutraKop) tampil membantu dengan menyediakan barangan keperluan asas melalui Food Bank.

Menurut Pengurus Besar PutraKop, Suzita Tusirin, PutraKop mengalu-alukan mereka yang memerlukan untuk tampil ke kedai serbaneka CoopMart, Presint 16 bagi mengambil barangan keperluan asas yang disediakan di Food Bank.

“Tiada syarat yang dikenakan, mereka yang memerlukan hanya perlu datang, tulis nama dan ambil barangan mengikut keperluan.

Tujuan kita hanya untuk membantu bagi meringankan beban golongan memerlukan.

“Pihak PutraKop menggunakan sepenuhnya dana zakat koperasi yang mana pihak kami juga telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai wakil untuk menyalurkan zakat,” ujar beliau.

Tambah Suzita lagi, mereka juga mengalu-alukan pihak luar yang ingin menyalurkan dana sumbangan melalui Food Bank dengan pilihan tiga pakej sumbangan.“Pakej A:RM30, Pakej B:RM50 dan Pakej C:RM100 mengikut pilihan masing-masing terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin menyertai program berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini.

“Setakat ini sambutan terhadap sumbangan yang diterima amat menggalakkan yang mana saya percaya penyumbang-penyumbang kita yakin dengan kredibiliti PutraKop itu sendiri sebagai saluran yang betul,” kata beliau.Antara sumbangan barangan asas yang disediakan terdiri daripada beras, tepung, gula, minyak masak, lampin pakai buang bayi dan banyak lagi.

Bagi anda yang ingin menyalurkan sumbangan, bolehlah menderma ke nombor akaun Ambank Islamik Berhad (Koperasi Perbadanan Putrajaya) 8881031875749 (sertakan rujukan Pakej yang dipilih samada A/B/C).

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung di talian 011-10847110 atau emel; admin@putrakop.com atau ke laman sesawang www.putrakop.com atau laman sosial Facebook Koperasi PPj dan Instagram (Putrakop).

SUMBER: WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/

Artikel/Berita Terkini

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA Datuk Seri Anwar Ibrahim …
Maklumat Lanjut