VAKSINASI WALK-IN DI NEGERI PULAU PINANG BERMULA HARI INI

Pulau Pinang, 8 September 2021- Pelaksanaan walk-in untuk proses vaksinasi bagi Negeri Pulau Pinang telah bermula pada hari ini khas kepada warganegara Malaysia. Pengoperasian 10 Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) terlibat adalah bermula jam 10.00 pagi.

Antara Pusat-pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) terlibat dengan waktu pengoperasian bermula 10.00 pagi adalah seperti berikut:-

~ PPV SPICE CC;

~ PPV Tapak Pesta Sungai Nibong;

~ PPV Kompleks Sukan Balik Pulau;

~ PPV Pusat Konvensyen Perda;

~ PPV Dewan Millenium;

~ PPV SP Arena;

~ PPV Tapak Ekspo Seberang Jaya;

~ PPV Vangohh Eminent;

~ PPV Dewan Sungai Bakap;

~ PPV Dewan Serbaguna Jawi.

Tempoh masa pengoperasian yang ditetapkan adalah bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan kesesakan berasaskan prosedur operasi standard (SOP) di PPV-PPV tersenarai, dan beberapa kriteria adalah perlu dipatuhi sebagaimana berikut:-

  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Warganegara Malaysia – sila bawa MyKad bagi tujuan pengesahan;
  • Belum berdaftar / belum terima janji temu MySejahtera;
  • Secara ‘first come first served’;
  • Sila kemas kini MySejahtera sebelum ke PPV;
  • Pastikan anda tidak bergejala, bukan kontak rapat dan bukan dalam tempoh kuarantin.

#KitaAkanMenang

#MenangBersama

#LindungDiriLindungSemua

 

Artikel/Berita Terkini

KEMPEN DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Disertakan maklumat …

PERHIMPUNAN SETIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …

OPS BERSEPADU DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JPJ Negeri …