PULAU PINANG TERIMA 20,000 DOS VAKSIN COVID-19 DARIPADA SELANGOR

Pulau Pinang, 31 Ogos 2021 – Kerajaan Selangor telah menyumbangkan 20 ribu dos vaksin kepada rakyat Pulau Pinang sebagai tanda solidariti melawan COVID-19. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sehingga 30 Ogos 2021, seramai 1.14 juta warga Pulau Pinang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, iaitu 64.4 peratus daripada populasi keseluruhan.

Pemberian vaksin ini disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 Integrasi, Dewan Seberang Perai Arena pada hari ini.

 

#MalaysiaPrihatin

#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …