PROGRAM MOBILE VACCINATION OUTREACH DAERAH JOHOR BAHRU BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU – 14 Ogos 2021 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah melaksanakan Program Mobile Vaccination Outreach di Balai Raya Taman Jaya, Skudai. Bas Pameran JBPM Negeri Johor telah digunakan bagi kegunaan program tersebut yang akan memanfaatkan seramai 720 orang penerima vaksin jenis Sinovac dan menumpukan kepada kumpulan sasar golongan warga emas, komorbid serta Orang Kelainan Upaya (OKU) di kawasan Taman Jaya, Kampung Sepakat dan Kampung Laut.

Program yang dihadiri oleh Pengarah JBPM Negeri Johor, YS PKPjB Dato’ Haji Yahaya bin Haji Madis adalah merupakan program yang kedua melibatkan JBPM Negeri Johor setelah program yang serupa diadakan di Dewan Raya Kg Dato Onn Jaafar, Larkin pada 3 Ogos 2021 lalu. Lokasi seterusnya akan ditentukan bergantung kepada ketersediaan vaksin yang akan diterima. Dalam program ini, seramai 50 orang petugas telah digerakkan bagi program ini merangkumi kakitangan KKM, JBPM, PDRM, petugas Southern Volunteer serta wakil penduduk. Turut hadir dalam program ini adalah YB Dato’ Dr Aman bin Rabu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan komorbid dan luar bandar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut