KEBENARAN MAJLIS AKAD NIKAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Bermula 1 Ogos 2021, kebenaran majlis akad nikah telah diperluaskan di masjid-masjid yang terpilih di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Sebanyak 63 pasangan pengantin telah melangsungkan majlis akad nikah di masjid-masjid berkenaan dari 1 hingga 15 Ogos 2021.

Walau bagaimanapun, para pengantin masih terikat dengan SOP yang ketat bagi menjamin kemaslahatan semua pihak yang terlibat, antaranya:

(a) hanya dibenarkan kepada pasangan pengantin yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI;

(b) kehadiran ke majlis akad nikah di masjid-masjid yang terpilih terhad kepada 3 orang sahaja iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali. Jurunikah dan 2 orang saksi adalah dari pihak masjid yang berkenaan; dan

(c) semua yang dibenarkan hadir diwajibkan untuk menjalani ‘swab test’ dan perlu mematuhi semua SOP dan garis panduan yang ditetapkan oleh MKN, KKM dan lain-lain agensi penguatkuasaan berhubung kawalan penularan wabak penyakit.

Senarai masjid utama dan masjid kariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan yang dibenarkan pelaksanaan majlis akad nikah dalam tempoh PPN Fasa 1 bermula 1 Ogos 2021 adalah seperti berikut:

  1. Masjid Negara, Kuala Lumpur
  2. Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
  3. Masjid al-Imam al-Ghazali (Zon 1), Kuala Lumpur
  4. Masjid Salahuddin al-Ayubi (Zon 2), Kuala Lumpur
  5. Masjid al-Imam ash-Shafie (Zon 3), Kuala Lumpur
  6. Masjid Usamah bin Zaid (Zon 4), Kuala Lumpur
  7. Masjid al-Muqarabbin (Zon 5), Kuala Lumpur
  8. Masjid al-Rahman (Zon 6), Kuala Lumpur
  9. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
  10. Masjid Putra, Putrajaya
  11. Masjid Mahmoodiah, Putrajaya
  12. Masjid An-Nur, Labuan

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut