KIBARKAN JALUR GEMILANG: JIWA MURNI BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAERAH TIMUR LAUT

TIMUR LAUT, 13 Ogos 2021 – Sebanyak empat (4) buah rumah anak-anak yatim iaitu Wisma Anak-Anak Yatim Lelaki, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Perempuan, Pertubuhan Perlindungan Kanak-Kanak Pulau Pinang dan The Salvation Army Penang Children’s Home telah menerima sumbangan pek makanan, kit perlindungan diri (pelitup muka dan pensanitasi tangan) dan juga Jalur Gemilang pada hari ini daripada Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang.

Semoga dengan usaha kecil ini mampu menyuntik elemen patriotik dan sifat jiwa murni dalam kalangan anak-anak yatim supaya sentiasa cintakan negara serta dapat memainkan peranan mereka dengan sebaik mungkin kepada keluarga, agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

         

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …