110 ORANG PENJAJA & PENIAGA KECIL WP KUALA LUMPUR BERSYUKUR TERIMA BAKUL MAKANAN

JAWI Food Bank dengan kerjasama Persatuan Penjaja-Penjaja & Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPMWP) baru-baru ini telah mengukir senyum di wajah para penjaja dan peniaga kecil di Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuk di cawangan mereka di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur dengan sumbangan bantuan pek bakul makanan.

 

Kebanyakan daripada mereka yang juga merupakan golongan OKU menghadapi kesukaran untuk menjalankan perniagaan mereka dek kerana kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi. Semoga situasi Covid-19 di negara kita khususnya di WP Kuala Lumpur yang masih berada di dalam PPN Fasa 1 beransur pulih sekaligus membolehkan mereka berniaga semula seperti sediakala.

“Anda Sumbang, Kami Sampaikan”

SUMBER: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI https://www.facebook.com/JAWIWP

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …