PROGRAM IMUNISASI INDUSTRI COVID-19 KERJASAMA AWAM SWASTA (PIKAS) VS INDUSTRY SDN. BHD, SENAI, JOHOR

KULAI, 11 Ogos 2021 – Pihak Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN Negeri Johor) telah berkesempatan membuat lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) VS Industry. Sdn. Bhd., Senai. PPVIN ini dibangunkan hasil kerjasama awam-swasta merupakan PPV industri yang dibangunkan di Negeri Johor yang menyasarkan pekerja-pekerja industri bagi Negeri Johor.

YAB Menteri Besar telah sudi meluangkan masa untuk meninjau keadaan dan menyantuni para petugas barisan hadapan yang terlibat dalam memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di PPV Industri ini. Lawatan ini turut disertai oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Pengarah MITI Negeri Johor, wakil Pegawai Daerah Kulai dan wakil Pegawai Kesihatan Daerah Kulai.

PPV ini dijangka akan memberikan vaksin kepada seramai 1000 orang sehari. Seramai 300 orang dijangka akan menerima vaksin di PPV Industri VS Industry Sdn Bhd pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di di PPV VS Industry Sdn Bhd, Senai, Johor. Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan sasaran sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang 

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Sumber gambar: MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut