JOHOR BAHRU, 11 OGOS 2021 – YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor telah menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Sultanah Rogayah kepada masyarakat India di Negeri Johor yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19. Sumbangan ini adalah di bawah inisiatif Belanjawan Johor 2021 yang memperuntukkan RM4 juta bagi membantu masyarakat India yang kurang berkemampuan di negeri ini. Hingga kini, sebanyak RM699,600 telah disalurkan kepada 1,488 penerima menerusi peruntukan itu.
Simbolik penyerahan sumbangan telah disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Johor kepada lima penerima di Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Sultanah Rogayah, YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy.
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor
Sumber:
Makmur Johor
Hasni Mohammad



