PROGRAM MOBILISASI VAKSIN KOMUNITI (MOVAK) DI DEWAN MUAFAKAT JOHOR, TAMAN PASAK INDAH MUKIM KOTA TINGGI & KLINIK KESIHATAN SUNGAI RENGIT, MUKIM PANTAI TIMUR DAERAH KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 7 Ogos 2021 – Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Daerah Kota Tinggi diteruskan di 2 lokasi iaitu di Dewan Muafakat Johor, Taman Pasak Indah, Mukim Kota Tinggi dan Klinik Kesihatan Sungai Rengit, Mukim Pantai Timur. Program ini adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan jumlah pemberian vaksin Covid-19 dalam kalangan komuniti khususnya terhadap penduduk luar bandar, pinggir bandar dan kawasan pedalaman yang memiliki akses atau kemudahan yang terhad untuk mendapatkan suntikan vaksin di lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Pejabat Perpaduan Daerah Kota Tinggi, Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) serta para sukarelawan daripada Southern Volunteers dan Sukarelawan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) yang turut membantu dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan sasar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang 

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:  Solat Sunat  Perbanyakan Solat Sunat  Puasa …
Maklumat Lanjut

KES BUANGAN HARAM DI PORT DICKSON, BEKAS PEGAWAI JAS ANTARA DIDAKWA

Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen …
Maklumat Lanjut

TREND KENDERAAN BERAT MENGGUNAKAN LORONG PALING KANAN MEMBIMBANGKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan membabitkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dan kenderaan pengangkutan awam (KPA) yang …
Maklumat Lanjut