7 BGD ANJUR PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA HARI TENTERA DARAT KE-88 DI DEWAN MAHKOTA, KLUANG

KLUANG, 6 Ogos 2021 – Seramai 170 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan bawah naungan Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) terlibat dalam Program Derma Darah sempena Hari Tentera Darat Ke-88 Peringkat 7 Bgd di Dewan Mahkota pada 4 dan 5 Ogos 2021.

Acara ini bertujuan membantu keperluan bekalan darah di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang yang dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) tatacara pengendalian aktiviti pendermaan darah dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Program ini selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam di mana membantu pihak agensi kerajaan iaitu KKM dalam usaha meningkatkan bekalan darah. Turut hadir dalam program yang dianjurkan adalah, Ketua Staf MK 7 Bgd.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut