OPERASI PENGUATKUASAAN DAN PEMATUHAN DI PREMIS PERNIAGAAN SEKITAR SEREMBAN 2

 

Satu Operasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP PPN Fasa 1 telah dijalankan ke atas beberapa premis perniagaan sekitar Seremban 2.

Hasil operasi ini, 2 arahan penutupan premis perniagaan secara serta merta telah dikenakan kerana menjalankan operasi dibawah sektor bukan perkhidmatan perlu seperti yang telah ditetapkan didalam SOP AM PPN Fasa Pertama yang dikemas kini bertarikh 4 Ogos 2021.

Operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan semua pihak sentiasa prihatin dan mematuhi SOP yang berkuat kuasa. Pihak berkuasa juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati sengaja melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu melaksanakan tanggung jawab dan memainkan peranan dalam membendung, mengawal serta mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 di Negeri ini.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …