INFO ON WHEELS (IOW) MERDEKA BERSAMA YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN DI PPV SEKITAR DAERAH JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

     May be an image of 9 people and people standing
      May be an image of 2 people, people standing and outdoors    May be an image of 1 person, standing and text that says "ከ× S0 A KITA MES ΜΕΝΑΛ TERIMA KASIH BERSAMA HENTIKAN WABAK COVID-19 Daftarlahuntukdivaksinkan divaksinkan"

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kita telah pun memasuki ke bulan Ogos, bermakna kita di dalam bulan kebangsaan yang perlu di semarakkan dengan jiwa Merdeka sebagai lambang cintakan negara!

Bersempena lawatan YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi ke Gugusan Felda Palong 4, 5 dan 6, PPV Bahau dan PPV Bergerak di KOA Batu Peti, Jempol, Pejabat Penerangan daerah Jempol telah mengambil peluang dan pendekatan ini untuk menyerahkan secara simbolik Jalur Gemilang kepada wakil Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada PPV yang merupakan tempat tumpuan orang awam secara tidak langsung dapat menyuburkan lagi semangat patriotik dan sayangkan negara! Pejabat Penerangan daerah Jempol akan terus bergerak bagi menggelorakan bulan kemerdekaan tapi kali ini dengan membawa mesej, Ayuh Kita MERDEKA daripada Covid-19!! Bersama kita bantu kerajaan mencapai imuniti kelompok. Daftarkan diri anda untuk menerima vaksin. Kita mampu lakukannya!

May be an image of 2 people, people sitting and people standing  May be an image of 1 person, sitting, standing and indoor
Sumber : Pejabat Penerangan daerah Jempol / Jabatan Penerangan Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …