WARGA EMAS PULAU PINANG BOLEH WALK-IN UNTUK TUJUAN IMMUNISASI COVID-19

PULAU PINANG, 2 Ogos 2021- Warga emas yang menetap di Pulau Pinang, berusia 60 tahun dan ke atas sama ada belum menerima sebarang janji temu atau telah/belum mendaftar menerusi MySejahtera, boleh mendapatkan suntikan secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Millenium, PPV SP Arena dan PPV Dewan Serbaguna Jawi mulai hari ini. Manakala mulai 3 Ogos 2021, PPV SPICE Convention Centre akan turut menawarkan perkhidmatan yang sama kepada warga emas yang menetap di daerah Timur Laut dan Barat Daya.

Dalam perkembangan lain, satu sesi lawatan tapak dan perbincangan turut dilaksanakan di PPV Spice Convention Centre pada hari ini. PPV yang dijangka mampu menampung sehingga 5,000 suntikan vaksin sehari ini akan memberi impak yang positif dalam Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 (PICK) di Negeri Pulau Pinang khususnya.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

         

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …