OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN SOP PPN FASA 1 DI PREMIS KILANG DAN PERNIAGAAN DI SENAWANG, SEREMBAN

      

Satu Operasi Bersepadu Pemantauan dan Pemeriksaan SOP PPN Fasa 1 telah dijalankan ke atas sektor pembuatan dan perkilangan serta premis-premis perniagaan sekitar Senawang. Operasi ini melibatkan kerjasama antara 7 agensi yang terdiri daripada MKN Negeri Sembilan, Balai Polis Senawang, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan, Jabatan Tenaga Kerja daerah Seremban, Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban.

Hasil operasi bersepadu ini, 1 arahan penutupan kilang secara serta merta, 4 arahan penutupan premis perniagaan bukan perkhidmatan perlu dan 7 kompaun telah dikenakan ke atas kilang dan premis perniagaan atas pelbagai kesalahan seperti menjalankan operasi dibawah sektor bukan perkhidmatan perlu, gagal mematuhi kapasiti 10% dan 60% pekerja serta beroperasi tanpa kebenaran melalui CIMS MITI manakala 3 kompaun ke atas individu dikeluarkan kerana gagal mengimbas MySejahtera sebelum memasuki premis seperti yang telah ditetapkan didalam SOP AM PPN Fasa Pertama yang dikemas kini bertarikh 23 Jun 2021. Selain itu, 3 premis perniagaan turut dikenakan kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran MBS (tiada lesen perniagaan).

Operasi bersepadu seumpama ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan semua pihak sentiasa prihatin dan mematuhi SOP yang berkuat kuasa. Pihak berkuasa juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati sengaja melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu melaksanakan tanggung jawab dan memainkan peranan dalam membendung, mengawal serta mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 di Negeri ini.

         
 

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut