PUSAT SEHENTI JENAZAH PENGURUSAN SEMENTARA (PUSARA)

YB Tan Sri TPr Annuar Bin Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan meninjau operasi harian Pusat Sehenti Jenazah Pengurusan Sementara (PUSARA) tengahari tadi. Idea penubuhan PUSARA ini bermula apabila ianya dibincangkan dalam Sidang Task Force Greater Klang Valley yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan telah diluluskan dengan mengambil kira keperluan yang mendesak untuk menambah kapasiti penyimpanan mayat dan seterusnya memudahkan penjadualan pengkebumian dan penentuan lokasi kubur dan krematorium.

PUSARA berfungsi sepenuhnya pada 24 Julai 2021 dilengkapi dengan fasiliti lima buah kontena berhawa dingin bersaiz 10×40’. Empat buah kontena disediakan oleh pihak DBKL dan satu kontena ditaja oleh Kumpulan Nirvana. Setiap kontena boleh memuatkan 45 mayat. Keseluruhan kontena boleh memuatkan 225 mayat. Pusat ini telah menguruskan 300 mayat sejak 20 Julai 2021. Operasi harian pusat ini diperkuatkan dengan khidmat sukarelawan Prihatin Wilayah (PRIVO) dan juga Data Sukan Consulting Sdn Bhd iaitu anak syarikat Institut Sukan Negara.

 

 

 

#WilayahPrihatin

#KerajaanPrihatin

#KitaJagaKita

#MenangBersama

SUMBER: https://www.facebook.com/KemWP/

FOTO: NAZIRUL ROSELAN/WILAYAHKU & DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

PANGGILAN SENYAP BUKAN SEMESTINYA SELAMAT!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PANGGILAN SENYAP …

TANGKAPAN CURI KABEL OLEH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD ALOR GAJAH

Alor Gajah – Kejayaan besar dicatatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah apabila …

PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Keselamatan jalan …